Monday, 20 March 2017

SUHU PALING SESUAI DAN MENJIMATKAN

Banyak orang yang menggunakan aircon suka setkan ke suhu yang paling rendah 16°c . Tahukah kita sebenarnya dengan mengsetkan suhu pada nilai itu menyebabkan kompresor perlu bekerja berkali ganda tanpa henti untuk mengekalkan suhu ruang pada kadar 16°c. Ini pastinya membuatkan penggunaan tenaga yang tinggi tampa henti, bill pun makin tinggi la kawan-kawan.
Suhu 16° ni umpama macam kita ada di puncak Cameron Highland dengan kabus yang tebal ditambah angin yang deras. Bayangkan betapa seksanya aircon kita perlu bekerja untuk mencapai nafsu serakah kita yang nak sejuk macam di Cameron Highland tu.
Sebenarnya suhu yang dicadangkan adalah sekitar 22°-24°. Suhu ini tadak jauh beza dengan suhu bilik jadi kompresor tidak perlu berhempas pulas untuk mengekalkan tahap suhu tersebut. Bila aicon kerja santai tak presure, penggunaan tenaga pun kurang jadi jimatlah bil kita!
Tahutak bagimana suasana suhu 24°c ni? Suhu ini umpama suhu pada waktu pagi selepas hujan di kawasan kampung. Cuba ingat balik, suhu macam ni pun dah cukup untuk buat kita tarik balik selimut dan ponteng sekolah!

Wednesday, 20 July 2016

6 Tips Air Cond untuk Mengekalkan Suhu dan Menjimatkan Wang

Ikuti tips ini untuk menjaga unit A/C anda supaya bererja dengan cekap sepanjang musim panas dan menjimatkan bil .

Hari-hari yang paling panas pada musim panas membuat unit penghawa dingin anda bekerja dengan lebih keras. Berikut adalah cara-cara untuk mengurangkan bil-bil utiliti , menjimatkan tenaga, meningkatkan keselesaan dan memaksimumkan kecekapan apabila A/C amat diperlukan untuk memastikan keselesaan anda.

1. Periksa Penapis(filter) anda.
Periksa penapis udara sekali sebulan dan bersihkan. Ini adalah penting terutamanya semasa musim panas apabila habuk dan alergen banyak. Jika penapis menjadi tersumbat, sistem penyaman udara anda akan perlu bekerja lebih keras untuk membekalkan anda udara sejuk.

Membersihkan penapis adalah salah satu kaedah yang paling mudah dan paling berkesan untuk menjimatkan tenaga dan wang kepada penggunaan penyaman udara anda. Seperti menukar minyak enjin kereta anda, ia adalah satu langkah yang kritikal dalam mengekalkan kesihatan jangka panjang sistem penyaman udara

2. Pastikan Aircon terlindung.
Penghawa dingin dengan teduhan yang betul boleh beroperasi dengan lebih cekap. Udara di dalam ruang yang teduh lebih sejuk daripada udara sekeliling, Bermakna penyaman udara anda akan lebih mudah penyejukan udara

3. Jangan sentuh alat kawalan untuk menjimatkan wang.
Ingatlah bahawa setiap 1°C anda turunkan bawah dari 25°C, kenaikan penggunaan tenaga anda ialah kira-kira 8%. Jika bil elektrik bulanan anda adalah kira-kira RM100, anda akan menjimatkan RM8 sebulan dengan SETIAP °C anda naikan di atas 25°C.
4. Elak kebocoran udara.
Elakan dari menyejukan seluruh kampung/taman! Anda mahu udara sejuk anda kekal dalam ruan dan udara panas untuk kekal di luar ruangan. Beberapa langkah asas boleh diambil bagi mengelakkan kehilangan udara apabila anda memerlukan udara sejuk. Tutup atau "seal" bukaan dan rongga yang ada. Tambahkan penebat sekitar saluran penyaman udara.

5. Tumpukan lanskap adan struktur di sekitar rumah.
Pastikan laman tidak dipenihi dengan landskap-landskap yang meningkatkan penyerapan haba. Terutamanya di Timur dan Barat rumah.

10. Hubungi teknisyen profesional.
Setiap unit penghawa dingin perlu diperiksa, dibersihkan dan diservis oleh seorang profesional sebelum musim panas bermula. Biasanya kos menyelenggara penghawa dingin oleh seorang profesional adalah antara RM70 ke RM100.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain berkaitan sistem pendingin udara boleh lawati blog kami di http://mybscs.blogspot.com
atau boleh hubungi hotline kami melalui call/whatsapp di talian 019 448 9203

Dr.Aircond
http://facebook.com/mybscs

#bscs #draircond #like #share

Sunday, 15 November 2015

Bahaya tidak menyelenggaea aircon secara berjadual!

Unit penyaman udara atau aircon adalah satu cara biasa yang digunakan untuk mengawal suhu dalam sesuatu ruang seperti rumah dan pejabat. Ia dapat membantu untuk mengekalkan ruang pada suhu yang selesa, selamat dan sihat. Selagi unit penyaman udara diselenggara dengan baik, fungsi ini bebas dari sebarang bentuk ancaman yang berbahaya. Namun sekiranya aspek penyelenggaraan diabaikan ia boleh menjadi ancaman kepada anda dan keluarga.

Apa yang Bahaya?

Kegagalan untuk menyelenggara penyaman udara boleh menyebabkan bahaya kepada kesihatan melalui kitaran udara. Penyaman udara amat efektif dalam menyebarkan udara didalam sesuatu ruang. Ini bermakna sekiranya terdapat kotoran atau pencemaran pada unit penyaman udara ia boleh menyebarkan udara yang tercemar tadi ke keseluruhan ruang pejabat, bilik mahupun rumah.

Pencemaran atau bahan cemar yang terperangkap didalam sitem penyaman udara beleh menyebabkan beberapa masalah. Antaranya  Asma, Alahan dan Resdung. Masalah ini selalunya berpunca dari kegagalan menyelenggara penyaman udara secara berjadual. Menyebabkan debu, kotoran dan zarah-zarah yang menjadi punca alahan berkumpul dan berkitar dalam ruangan apabila penyaman udara dihidupkan.

Keadaan lebih berbahaya apabila BAKTERIA, VIRUS atau KULAT masuk ke dalam sistem penghawa dingin. Pelbagai jenis penyakit yang berpunca dari mikro organisma terbabit akan desebarkan kedalam kitaran udara. Penyakit yang kerap tersebar melalui penyaman udara yang kotor adalah "Legion". Penyakit Legion berpunca dari bekteria legionella yang hidup didalam air. Legionella biasanya boleh dijumpai didalam air dalam kuantiti yang sedikit dan tidak berbahaya. Apabila penyaman udara dibiarkan tanpa penyelenggaraan yang teratur, bakteria ini tadi boleh membiak didalam sistem penyaman udara. Titisan air yang tercemar tadi akan disebar oleh penghawa dingin, menyebabkan penyebaran penyakit di keseluruhan ruangan bangunan. Penyakit ini menyebabkan symtom seperti selesema dan boleh menyebabkan kematian antara 10%-15%.

Mengelak Masalah

Cara yang terbaik untuk mengelakkan masalah ini hanyalah dengan memastikan penghawa dingin anda diselenggara dengan baik, kerap diperiksa, dan sentiasa bersih.

Pembersihan biasa terutama di bahagian "intake" dan "outlet" diperlukan untuk mengelakkan masalah berkaitan dengan asma atau alahan. "Intake" dan "outlet"  bukan sahaja bahagian yang paling mudah dicapai dan dibersihkan, tetapi juga tempat dimana habuk dan bahan lain cenderung untuk terkumpul. Bagi pemeriksaan yang lebih teliti, pembersihan oleh profesional  seperti @Dr.Aircond juga perlu dari masa ke semasa. Tetapi yang paling penting kita sendiri perlu memastikan tiada habuk terkumpul bagi mengelakan ancaman dan bahaya.

Penyelenggaraan yang kerap, pemeriksaan dan pembersihan adalah cara yang rerbaik untuk mengelakkan penyebaran penyakit seperti Legion. Ini akan memastikan bahan cemar dan agen-agen punca penyakit lain seperti virus dan mikro organisma dapat disingkirkan sebelum berpeluang untuk membiak ke tahap yang berbahaya. Adalah disyorkan sistem penghawa dingin diperiksa, dibersihkan dan diservis sekurang-kurangnya sekali setahun oleh profesional. Amalan terbaik ialah sistem penghawa dingin ini diperiksa semasa musim tengkujuh/hujan. Bermakna ia diperiksa dan berada dalam keaadan baik sebelum digunakan secara maksimum pada musim panas. Ia juga penting kerana sepanjan tempoh penggunaan yang rendah boleh memberi ruang kepada bahan cemar dan bakteria untuk membiak.

Terdapat juga beberapa langkah lain untuk mencegah bakteria seperti legionella dari membiak. Antara lain adalah dengan memastikan tidak membiarkan penghawa dingin anda langsung tidak digunakan. Air seharusnya dibiarkan terus mengalir dan tidak pegun atau bertakung.Kerana air yang bertakung membolehkan agen-agen punca penyakit tadi berpeluang untuk membiak.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain berkaitan sistem pendingin udara boleh lawati blog kami di http://mybscs.blogspot.com
atau boleh hubungi hotline kami melalui call/whatsapp di talian 019 448 9203

Dr.Aircond
http://facebook.com/mybscs

#bscs #draircond #like #share

Monday, 30 March 2015



Selamat datang ke BS Creative Services

Kami menjanjikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami dengan kadar yang paling berpatutan. sebagai perunding profesional, kami berinteraksi dengan profesional lain seperti arkitek , jurutera , dan pembina dan untuk memastikan keselesaan dan kepuasan pelanggan kami . Kami adalah pakar dalam kerja-kerja penyelenggaraan terutamanya penyelenggaraan penyaman udara (aircond) , pengubahsuaian (renovation), mengecat serta perpaipan.

BS Creative Services menjanjikan tahap komitmen tertinggi atas perkhidmatan dari kontraktor dan pembekal kami . Hasilnya , kami boleh menjanjikan anda piawaian dan kualiti terbaik untuk setiap hartanah kediaman dan komersial anda.

Anda boleh mencari maklumat mengenai pelbagai perkhidmatan kami di laman web ini. Kami bertekad untuk terus berkembang dan memenuhi permintaan di kawasan-kawasan baru dan menjadi pelengkap kepada perniagaan dan dan kediaman anda. Kami gembira untuk menerima sebarang pertanyaan dan cadangan dari anda.

Testimoni Pelanggan