Banyak orang yang menggunakan aircon suka setkan ke suhu yang paling rendah 16°c . Tahukah kita sebenarnya dengan mengsetkan suhu pada nilai itu menyebabkan kompresor perlu bekerja berkali ganda tanpa henti untuk mengekalkan suhu ruang pada kadar 16°c. Ini pastinya membuatkan penggunaan tenaga yang tinggi tampa henti, bill pun makin tinggi la kawan-kawan.
Suhu 16° ni umpama macam kita ada di puncak Cameron Highland dengan kabus yang tebal ditambah angin yang deras. Bayangkan betapa seksanya aircon kita perlu bekerja untuk mencapai nafsu serakah kita yang nak sejuk macam di Cameron Highland tu.
Sebenarnya suhu yang dicadangkan adalah sekitar 22°-24°. Suhu ini tadak jauh beza dengan suhu bilik jadi kompresor tidak perlu berhempas pulas untuk mengekalkan tahap suhu tersebut. Bila aicon kerja santai tak presure, penggunaan tenaga pun kurang jadi jimatlah bil kita!
Tahutak bagimana suasana suhu 24°c ni? Suhu ini umpama suhu pada waktu pagi selepas hujan di kawasan kampung. Cuba ingat balik, suhu macam ni pun dah cukup untuk buat kita tarik balik selimut dan ponteng sekolah!